SOALAN:
Hi..Saya A (bukan nama sebenar)..Saya ada satu masalah berkaitan dengan kawan saya sorang ni..Namanya W (bukan nama sebenar)..Dahulu,dia pernah menjadi 'kawan rapat' saya..Sekarang,dia tidak sama kelas dengan saya lagi..Pada mulanya,dia tidak suka masuk ke kelas pertama..Dia memberi alasan yang dia tidak mahu berpisah dengan kawan-kawan terutamanya saya..Sekarang,dia sudah boleh membiasakan dirinya di dalam kelas itu..Tetapi,tidak lama kemudian,dia sudah menjadi semakin sombong dan belagak! Saya tidak menyangka yang dia akan berubah sebegitu..Kawan-kawan saya juga sudah meluat tengok perangainya yang makin hari,makin menjadi-jadi..Dia semakin angkuh!
Dia juga semakin lama semakin belagak kerana sekarang dia sudah berpindah ke kelas pertama..Kawan-kawan saya sudah tidak tahu lagi apa yang harus kami lakukan..Tolong bantu saya..
JAWAPAN:
Hai A..
Keadaan ini sebenarnya normal. Rakan anda yang bernama W itu berkemungkinan besar mula terpengaruh dengan rakan sekelasnya ataupun dia mula berfikir yang dirinya melonjak di tempat yang lebih tinggi dari anda dan teman-teman anda.
Anda boleh menasihati W dan menegur tentang perubahan sikapnya supaya dia sedar yang dirinya telah terpesong ke arah personaliti yang salah dan setiap individu sama sekali akan memandang rendah pada sikapnya. Jika W ini seorang lelaki dan dia tidak gemarkan nasihat, anda tidak perlu nasihatinya tapi berdoa agar dia berubah. Ini kerana masalah personaliti hanya boleh diubah oleh tuannya sendiri. Mungkin dia akan menyedari dirinya mula dibenci atau dipandang rendah. Jadi di situ dia akan cuba berubah sendiri tanpa perlu nasihat.
Kami berharap, rakan anda itu akan berubah. Usahalah sebaik yang mungkin untuk mengubahnya. :)
February 8, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

2 comments:
giler gempak cte nie..
mnjadi kbiasaan manusia..
anyway,ini mmg mmbntu..
Tak sedar diri betul kawan dia tu... >:(
Post a Comment