February 3, 2009

Saya Benci Seseorang.. 'M'

Soalan:

Hi LitttleStar. Ni saya, K-chan. Saya ada satu masalah yang pelik, tentang rakan saya seorang ni. Dia ni... Entahlah. First, dia perempuan dan sebaya dengan saya. Second, saya rasa teramat benci dengan dia, tak tau apasal. Dia ada BF, tapi dalam masa yang sama dia menggedik dengan lelaki lain. Kebetulan BF dia rakan saya, jadi saya rasa bengang yang teramat sebab kawan saya dianiayai. Lepas tu... Perempuan tu ada lah buat macam-macam yang buat saya menyampah. Saya and rakan-rakan memang tak sukakan dia. Even kalau orang gelakkan saya, saya tak kisah TAPI kalau dia gelakkan saya, saya rasa macam nak bagi kaki je kat muka dia yang 'lawa' tu.

Tapi kadang-kadang saya rasa menyesal sebab benci dia. Tapi cuma hati ni yang tak boleh. Saya kalau boleh taknak berdendam. Apa saya kena buat?


JAWAPAN:

Hai, K-chan.

Mula-mula sekali, kemungkinan besar hati K-chan memang jenis yang tak suka tengok orang gedik ataupun tak bermoral. Dan kami yakin, K-chan jenis manusia yang menyayangi rakan-rakan. Kadangkala, perasaan sebegini tidak boleh dipaksa. Kita memang dah cuba sedaya upaya namun masih tidak berjaya, bukan begitu?

Perkara yang wajib K-chan lakukan ialah cuba jauhi diri K-chan daripadanya supaya kebencian K-chan tidak dimarakkan lagi seperti sekarang. Kurangkan berfikir tentang dia dan perlahan-lahan lupakan tentang kesalahannya. Tetapi benda ini memakan masa, jadi K-chan bersabarlah yer? Lagi satu, K-chan perlu banyak beribadat supaya hati didalam diri K-chan kekal putih dan suci. Agar kebencian dan dendam terhapus dari lubuk hati.

Perkara 'sunat' yang K-chan perlu lakukan ialah berbincang dengan perempuan itu. Katakan padanya yang K-chan tak suka dia dan minta pendapat dia. Selesaikan masalah ini dengan baik. Tetapi cadangan ini kurang digalakkan kerana K-chan sendiri pun tidak tahu kenapa K-chan bencikannya dan dia mempunyai alasan kukuh untuk menentang K-chan iaitu, "Diri aku, suka hati akulah." Ataupun, "Ni hal aku. Kau sibuk apasal?" Jadi cuba berfikir strategi yang kukuh jika ingin menggunakan idea ini.

Kami berharap, idea ini dapat membantu K-chan dan juga janganlah stress memikirkan perempuan itu. Mungkin sekali perempuan itu langsung tidak memikirkan pasal K-chan, jadi janganlah mengambil terlalu berat mengenai perkara ini. Cool, relax dan steady selalu. :)

1 comment:

Anonymous said...

Trimas LittleStar! Saya akan cuba buat apa yang LittleStar bagi. Tapi yang sunat tu, kirim salamlah,.. Tengok muka dia buat saya muntah, hehe.^^