February 2, 2009

~Hubungan Yang Keliru~ 'M'

Soalan:

hi..panggil sy F..
sy ader masalah..
sy ader sowg kwn..
sy tramat sker kt dier..
dlu kami pnah kapel..tp skjap shj..
sy sering brhubungan dgn dier..tetapi dlm internet shj..
semasa d sekolah,kwn2 sy sering ckp yg dier slalu curi2 pndg sy..
pd minggu lepas,sy contact dier..
sy tanya "Ko da der gf ker blom?"
dier ckp dah..
bler sy tnye sape..dier ckp "bkan bdk klas aku,sgt cantik n baek ati.."
sy sama klas ngan dier thn lpas tp berbeza dgn thn nie,dier tidak sama klas dgn sy..
bler sy tnye nme bdk 2,dier x nk bgtau..
bler sy sudah brkali2 paksa dier,sy bg dier 'smiley' yg mnunjukkn sy menangis..
then,dier bg sy smiley 'hug' pd sy..
dier ckp lpekn tau sal td..
sy x pasti..
siapa yg dier mksudkn?
dan knapa dier pjuk sy stelah dier brkata sebegitu..
adakh dier msih skerkn sy?
aper yg patut sy lakukn?

Jawapan:

Hai F,

Baiklah. Tentang apa yang dia maksudkan terhadap kamu, ia sebenarnya membawa seribu makna jadi sukar ditafsirkan dan mempunyai banyak cabang sebabnya.

Mungkin dia membuat 'smiley' hug kerana dia maksudkan orang itu ialah kamu.
Dan mungkin juga dia membuat 'smiley' itu supaya memujuk kamu agar jangan menangis. Kita masih tertanya-tanya, siapa teman wanitanya kan? :) Tetapi janganlah berfikiran terlalu negatif kerana kemungkinan 50% orang yang dia maksudkan ialah kamu. Kamu cuba seimbangkan perasaan kamu. Jangan terlalu mengharap, jangan terlalu berfikiran negatif.

Oleh kerana kamu berdua pernah 'couple', kita boleh tafsirkan yang dia masih suka kamu kerana kebanyakan lelaki selalunya akan tinggalkan sisa-sisa kasih sayang pada seseorang dalam dirinya lebih-lebih lagi first 'couple'. Kamu dah ada banyak 'advantage' untuk pikat dia. Berusaha lagi dan jangan sesekali menyerah kalau kamu benar-benar sukakan dia. Kerana kadangkala Tuhan sengaja menguji ketabahan hati kita jadi jangan sesekali menyerah, ok?

Cubalah selalu berhubung dengannya. Dan berikan senyuman kalau berjumpa dengannya. Tunjukkan yang kamu gembira apabila melihat atau bersama dengannya. Dia mesti akan rasa selesa. Tetapi kadangkala ada sesetengah lelaki akan berasa janggal dan malu jadi kamu perlu menganalisis dirinya dan lakukan yang kamu rasa dia selesa atau suka. Komunikasi dapat membantu mengeratkan hubungan dan lebih memahami seseorang. Jadi lakukannya selalu. Jangan sesekali kamu menunggu tindakannya terhadap kamu kerana percayalah, kamu yang akan kecewa nanti. Pastikan kamu dapat 'control' keadaan.

Andai kata kamu sudah berusaha sekuat hati tetapi masih gagal.. Janganlah kamu menyerah kalah pada cinta. Dan juga kamu jangan menyesal dengan apa yang dah berlaku kerana mungkin Tuhan masih menguji kamu dan Dia ingin memberikan jejaka yang lebih baik pada kamu di masa depan nanti. Bukankah ini asam garam kehidupan? Ada banyak perkara yang akan terjadi selain dari minum dan makan. Akhir sekali, jangan biarkan cinta ini menghantui pelajaran kamu. Pandai-pandailah bahagikan masa, ok?

Kami harap jawapan ini dapat membantu dan trima kasih kerana meminta nasihat kami. Jika terdapat sebarang masalah tentang perkara ini atau sewaktu dengannya, janganlah segan-segan email kami. Kami sedia membantu. :)

~LittleStar~

1 comment:

Anonymous said...

Oit, masalah ni memang rumit pun. :/
Apapun, dapatlah jugak pengalaman pasal baca blog ni, wakakaka! XD